Friday, January 28, 2011

salam perkenalan kepada semua

                                      kita tahu zaman sekarang memang la memerlukan teknologi yang canggih,dan teknologi berkembang setiap masa.Setiap waktu kita akan mendengar ada peralatan,barang baru dalam dunia teknologi.Untuk yang memang berilmu di dalam bidang ini memang bagi kita tidak menjadi masalah.tetapi bagi mereka yang masih lagi berjinak-jinak untuk mendalami ilmu teknologi adalah menjadi masalah kepada mereka.Teknologi mempunyai pelbagai bidang, salah satu ialah bidang komputer.Komputer memang menjadi keperluan pada masa kini.zaman makin canggih la katakan.Peluang di bidang ni memang la berbaloi-baloi,tak kira la kita bekerja sendiri ataupun makan gaji.
                                       Setiap yang dicipta manusia ada kelebihan dan kekurangannya.Tidak terkecuali juga komputer.Blog saya menyediakan perkhidmatan penyelesaian masalah berkaitan dengan komputer
iaitu dari segi hardware dan software.Nak kata saya ni pandai sangat tak la.Tapi pengalaman saya mungkin mampu menyelesaikan masalah anda.Blog ini juga merupakan salah satu tempat utama bagi kita untuk berkomunikasi dan memberi pandangan di dalam bidang perkomputeran ini.Jangan malu atau segan untuk menceritakan masalah anda.Ingat tujuan kita,untuk belajar.buat apa kita nak hantar ke kedai komputer sedangkan masalah itu kita boleh selesaikan sendiri.
                                      Akhir kata dari saya,saya berharap kita semua tak kira muda ataupun tua,marilah kita sama-sama menggunakan teknologi yang serba canggih ini.Tak rugi kalau kita berkongsi masalah untuk kita mendapatkan ilmu.sekian dari saya.

terima kasih.

No comments:

Post a Comment